BLOG PRA SEKOLAH KEBANGSAAN TENGGAROH 04

Info terkini dan aktiviti pra sekolah sepanjang tahun

Kertas Konsep



KERTAS KONSEP PROJEK AMALAN TERBAIK
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1.    Kategori
·         Bermain sambil belajar.
2.    Tajuk
·         Air
3.    Kaedah/Teknik
·         Kaedah atau teknik yang digunakan dalam aktiviti ini ialah teknik penyoalan dimana murid disoal secara individu.Aktiviti ini juga menggalakkan murid untuk berfikir berdasarkan pengalaman sedia ada.
4.    Sinopsis
·         Aktivti dimulakan dengan guru menunjukkan gula halus kepada murid dan membuat demonstrasi bagaimana gula melarut dalam air. Kemudian bahan-bahan lain seperti garam,batu,pasir,gula batu dan kacang digunakan untuk membuat demontstrasi yang sama.Murid diminta untuk memcuba sendiri demonstrasi tersebut.Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti “Permainan Melarut” dimana ianya melibatkan semua murid.Permainan ini dimulakan dengan semua murid berkumpul dalam satu bulatan.Apabila guru menyebut “kacau”, murid diminta bergerak dalam bulatan tersebut dan apabila guru menyebut “gula”, murid keluar dari bulatan kerana gula melarut dalam air.Apabila guru menyebut “batu”, murid duduk di dalam bulatan kerana batu tidak larut dalam air.Aktivti diteruskan lagi dengan guru memberi lembaran kerja kepada murid.
5.    Kumpulan Sasaran
·         Murid yang terlibat ialah murid-murid Prasekolah Anggun Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 4 yang berumur 6 tahun.
6.    Jumlah Murid
·         20 orang iaitu terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.
7.    Latar Belakang
·         Murid Prasekolah Anggun Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 4 terdiri daripada murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga.Terdapat murid yang datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi,berpendidikan sederhana dan kurang berpandidikan.Oleh itu, aktiviti yang dirancang oleh guru sesuai dengan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga kerana ia melibatkan semua murid.
8.    Rasional Pemilihan Amalan Terbaik
·         Rasional pemilihan amalan terbaik dalam pembelajaran prasekolah adalah untuk menggerak daya kreativiti dikalangan guru prasekolah  serta amalan terbaik dalam pelaksanaan kurikulum melalui kesepaduan tunjang-tunjang seiring dengan konsep didik hibur dalam pembelajaran di prasekolah.
9.    Standard Pembelajaran KSPK Yang Digunakan
(ST 2.1.8) Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah dengan bimbingan.
       10.Kaedah/teknik yang digunakan
·         Kaedah atau teknik yang digunakan dalam aktiviti ini ialah teknik penyoalan dimana murid disoal secara individu.Aktiviti ini juga menggalakkan murid untuk berfikir berdasarkan pengalaman sedia ada.

11.Perincian Aktiviti
1.    Guru menunjukkan gula halus kepada murid dan memberitahu murid nama bahan tersebut adalah gula. Guru membenarkan murid menyentuh gula.
2.    Guru bertanya kepada murid apa yang akan berlaku sekiranya air dicampurkan ke dalam gula.
3.    Guru meletakkan satu sudu gula ke dalam cawan dan meminta seorang murid menuang air ke dalam cawan itu dan mangacaunya.
4.    Guru bertanya kepada murid apa yang terjadi kepada gula tadi? Mana pergi gula tadi? (Gula sudah tiada dalam cawan).
5.    Guru memberitahu kepada murid gula sudah larut dalam air. Guru bertanya lagi kepada murid adakah bahan lain boleh larut dalam air seperti gula?
6.    Guru menunjukkan bahan lain seperti garam,pasir,serbuk kopi,batu dan kacang.
7.    Guru meminta seorang murid meletakkan satu sudu garam ke dalam gelas lutsinar yang berisi air dan murid mengacau air dan garam tersebut.
8.    Murid diminta memerhatikan apa yang terjadi dan memberitahu guru adakah garam telah larut di dalam air.
9.    Langkah 7 hingga 8 diulangi dengan bahan yang lain seperti pasir,serbuk kopi,batu dan kacang.
10.  Guru menerangkan langkah “Permainan Melarut” dan semua murid terlibat dengan permainan ini.
a)    Semua murid berdiri dalam satu bulatan.
b)    Apabila guru menyebut “kacau”,,semua murid diminta bergerak dalam bulatan tersebut.
c)    Apabila guru menyebut “gula”,semua murid keluar dari bulatan tersebut kerana gula melarut dalam air.
d)    Apabila guru menyebut “batu”,semua murid duduk dalam bulatan tersebut kerana batu tidak larut dalam air.
e)    Aktiviti diteruskan lagi dengan guru member lembaran kerja kepada murid
12.  Kesepaduan Standard Pembelajaran
·         (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respon.
13. Kaedah Pentaksiran Semasa p&p
·         Kaedah pentaksiran yang digunakan semasa p&p ialah melalui lisan dan hasil kerja murid.
14. Nyatakan nilai murni yang diterapkan.
·         Bekerjasama dan keberanian

        15. Kekuatan kaedah/teknik ini
·         Kaedah bermain sambil belajar dipilih kerana murid akan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang dirancang oleh guru. Disamping itu, murid tidak akan berasa bosan kerana unsur-unsur permainan diterapkan dalam aktiviti pembelajaran. Teknik penyoalan dan demonstrasi oleh murid dapat memberikan suatu pengalaman yang baru kepada murid disamping objektif pelajaran dapat dicapai.
16. Impak Kaedah/Kejayaan
·         Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengetahui bahan-bahan yang larut dalam air dan bahan-bahan yang tidak larut dalam air.

Tiada ulasan: