BLOG PRA SEKOLAH KEBANGSAAN TENGGAROH 04

Info terkini dan aktiviti pra sekolah sepanjang tahun

Teknik Mengeja Huruf Konsonan



Lagu kanak - kanak


RPH PRA


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

MINGGU: 35                      TEMA: ALAM BAHAN                     SUBTEMA: PERALATAN DI BILIK TIDUR                   TARIKH:26.9.2012                                HARI:RABU



Kesepaduan/Bahan
Catatan/Impak
7.30-740
RUTIN
-Murid  menyusun kasut,beratur,nyanyian lagu,pemeriksaan kebersihan diri,mengambil kedatangan dan bacaan doa.

-Murid sudah faham aktiviti rutin yang akan dijalankan.
7.40-8.00
PERBUALAN PAGI
-Murid berbual tentang tema,cuaca,pengalaman seharian dan penerangan aktiviti yang akan dijalankan.


8.00-8.40
PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KESIHATAN
(PFK  3.1.3) Mencuci tangan dengan cara yang betul

Aktiviti : 
1. Guru mengarahkan semua murid berkumpul di hadapan. 
  2. Guru menunjukkan gambar cara-cara mencuci tangan kepada semua   murid.
 3. Guru menerangkan kepada murid satu persatu cara-cara mencuci  
 tangan dengan cara yang betul.
  4. Guru menunjukkan kepada murid cara-cara mencuci tangan dengan cara yang betul.
  5. Guru mengarahkan beberapa orang murid untuk menunjukkan cara-
 cara mencuci tangan dengan betul.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1.       Menunjukkan cara-cara mencuci tangan dengan cara yang betul.
    
-Pendidikan sosioemosi

-Gambar cara-cara mencuci tangan

8.40-9.10
BAHASA MALAYSIA
(BM  3.3.2) Membunyikan huruf vokal

Aktiviti :  1.  Guru mengarahkan semua murid berkumpul di hadapan.
2.       Guru mengarahkan semua murid menyebut  huruf-huruf vokal  yang ditunjukkan.
3.       Guru membunyikan bunyi huruf a dengan bunyi yang betul.
4.       Guru mengarahkan semua murid membunyikan bunyi huruf a.
5.       Guru menunjukkan gambar-gambar yang bermula dengan huruf a.
6.       Murid-murid membaca sambil mengeja perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf a dengan bimbingan guru.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1.       Membunyikan bunyi huruf dengan bunyi yang betul.
2.       Membaca sambil mengeja perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf a dengan bimbingan guru.
-Pendidikan sosiosmosi, kemanusiaan

-Kad huruf, kad imbas

9.10-10.10
BAHASA INGGERIS
(BI 4.2.3) Write recognizable letters.

Activities : 1. Teacher shows to children the alphabet card of letter s.
3.       Teacher sound out the letter s.
4.       Children sound out the letter s
5.       Teacher shows to children how to write letter s correctly.
6.       Teacher says aloud the words that begin with letter s.
7.       Children in group a and b colour the picture that begin with letter s.
8.       Children in group c write the letter s in work book.

Objectives : At the end of teaching and learning process, children should be able   
                      To:
1.       Write the letter s correctly.
2.       Colour the picture that begin with the letter s ccorrectly.

-Bahasa Malaysia, pendidikan sosioemosi,kreativiti

-Alphabet card, flash cards, workbook and worksheet.

10.10-10.40
REHAT
-Murid beratur, membasuh tangan , membaca doa sebelum dan selepas makan, mengemas meja makan dan menggosok gigi.



10.40-11.20
KEMANUSIAAN
(KM 2.2.1) Bercerita dengan bimbingan guru tentang kediaman sendiri.

Aktiviti :  1.   Guru mengarahkan semua murid berkumpul di hadapan.
9.       Guru menunjukkan gambar rumah kepada semua murid.
10.   Guru menerangkan kepada semua murid ruang-ruang di dalam rumah.
11.   Guru mengarahkan beberapa orang murid menceritakan kediaman masing-masing dengan bimbingan guru.

Objektif :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1.       Bercerita tentang kediaman masing-masing dengan bimbingan guru.
2.       Menyatakan ruang-ruang  di dalam rumah.


11.20-11.30
PENUTUP
-Refleksi p&p.
-Membersihkan kelas.
-Beratur.
-Membaca doa.
-Pesanan guru.
-Bersalaman dengan guru dan pembantu.



Kertas Konsep



KERTAS KONSEP PROJEK AMALAN TERBAIK
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1.    Kategori
·         Bermain sambil belajar.
2.    Tajuk
·         Air
3.    Kaedah/Teknik
·         Kaedah atau teknik yang digunakan dalam aktiviti ini ialah teknik penyoalan dimana murid disoal secara individu.Aktiviti ini juga menggalakkan murid untuk berfikir berdasarkan pengalaman sedia ada.
4.    Sinopsis
·         Aktivti dimulakan dengan guru menunjukkan gula halus kepada murid dan membuat demonstrasi bagaimana gula melarut dalam air. Kemudian bahan-bahan lain seperti garam,batu,pasir,gula batu dan kacang digunakan untuk membuat demontstrasi yang sama.Murid diminta untuk memcuba sendiri demonstrasi tersebut.Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti “Permainan Melarut” dimana ianya melibatkan semua murid.Permainan ini dimulakan dengan semua murid berkumpul dalam satu bulatan.Apabila guru menyebut “kacau”, murid diminta bergerak dalam bulatan tersebut dan apabila guru menyebut “gula”, murid keluar dari bulatan kerana gula melarut dalam air.Apabila guru menyebut “batu”, murid duduk di dalam bulatan kerana batu tidak larut dalam air.Aktivti diteruskan lagi dengan guru memberi lembaran kerja kepada murid.
5.    Kumpulan Sasaran
·         Murid yang terlibat ialah murid-murid Prasekolah Anggun Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 4 yang berumur 6 tahun.
6.    Jumlah Murid
·         20 orang iaitu terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.
7.    Latar Belakang
·         Murid Prasekolah Anggun Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 4 terdiri daripada murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga.Terdapat murid yang datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi,berpendidikan sederhana dan kurang berpandidikan.Oleh itu, aktiviti yang dirancang oleh guru sesuai dengan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga kerana ia melibatkan semua murid.
8.    Rasional Pemilihan Amalan Terbaik
·         Rasional pemilihan amalan terbaik dalam pembelajaran prasekolah adalah untuk menggerak daya kreativiti dikalangan guru prasekolah  serta amalan terbaik dalam pelaksanaan kurikulum melalui kesepaduan tunjang-tunjang seiring dengan konsep didik hibur dalam pembelajaran di prasekolah.
9.    Standard Pembelajaran KSPK Yang Digunakan
(ST 2.1.8) Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah dengan bimbingan.
       10.Kaedah/teknik yang digunakan
·         Kaedah atau teknik yang digunakan dalam aktiviti ini ialah teknik penyoalan dimana murid disoal secara individu.Aktiviti ini juga menggalakkan murid untuk berfikir berdasarkan pengalaman sedia ada.

11.Perincian Aktiviti
1.    Guru menunjukkan gula halus kepada murid dan memberitahu murid nama bahan tersebut adalah gula. Guru membenarkan murid menyentuh gula.
2.    Guru bertanya kepada murid apa yang akan berlaku sekiranya air dicampurkan ke dalam gula.
3.    Guru meletakkan satu sudu gula ke dalam cawan dan meminta seorang murid menuang air ke dalam cawan itu dan mangacaunya.
4.    Guru bertanya kepada murid apa yang terjadi kepada gula tadi? Mana pergi gula tadi? (Gula sudah tiada dalam cawan).
5.    Guru memberitahu kepada murid gula sudah larut dalam air. Guru bertanya lagi kepada murid adakah bahan lain boleh larut dalam air seperti gula?
6.    Guru menunjukkan bahan lain seperti garam,pasir,serbuk kopi,batu dan kacang.
7.    Guru meminta seorang murid meletakkan satu sudu garam ke dalam gelas lutsinar yang berisi air dan murid mengacau air dan garam tersebut.
8.    Murid diminta memerhatikan apa yang terjadi dan memberitahu guru adakah garam telah larut di dalam air.
9.    Langkah 7 hingga 8 diulangi dengan bahan yang lain seperti pasir,serbuk kopi,batu dan kacang.
10.  Guru menerangkan langkah “Permainan Melarut” dan semua murid terlibat dengan permainan ini.
a)    Semua murid berdiri dalam satu bulatan.
b)    Apabila guru menyebut “kacau”,,semua murid diminta bergerak dalam bulatan tersebut.
c)    Apabila guru menyebut “gula”,semua murid keluar dari bulatan tersebut kerana gula melarut dalam air.
d)    Apabila guru menyebut “batu”,semua murid duduk dalam bulatan tersebut kerana batu tidak larut dalam air.
e)    Aktiviti diteruskan lagi dengan guru member lembaran kerja kepada murid
12.  Kesepaduan Standard Pembelajaran
·         (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respon.
13. Kaedah Pentaksiran Semasa p&p
·         Kaedah pentaksiran yang digunakan semasa p&p ialah melalui lisan dan hasil kerja murid.
14. Nyatakan nilai murni yang diterapkan.
·         Bekerjasama dan keberanian

        15. Kekuatan kaedah/teknik ini
·         Kaedah bermain sambil belajar dipilih kerana murid akan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang dirancang oleh guru. Disamping itu, murid tidak akan berasa bosan kerana unsur-unsur permainan diterapkan dalam aktiviti pembelajaran. Teknik penyoalan dan demonstrasi oleh murid dapat memberikan suatu pengalaman yang baru kepada murid disamping objektif pelajaran dapat dicapai.
16. Impak Kaedah/Kejayaan
·         Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengetahui bahan-bahan yang larut dalam air dan bahan-bahan yang tidak larut dalam air.